1 March 2012

Sebuah Kisah Klasik : 4


Masa darjah 4, aku telah mengikuti rombongan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Kebetulan masa tu, kat sekolah aku ada seorang cikgu berasal dari Kelantan. Dia yang jadi mastermind dalam rombongan ni. Kalau tak silap, tambang untuk rombongan ni RM70 kot.

Dalam perjalanan tu, singgah sat kat Tasik Banding. Memang best tengok pemandangan kat tasik nih. Tak pernah tengok kan. Sampai Kelantan, kami stay kat Pantai Cahaya Bulan. Masa kat Kelantan, sempat la shopping. Macam biasa lah, beli keropok lekor, kain batik sambil cuci-cuci mata.

Tasik Banding

Kanak-kanak ribena
Lepas tu, pi terus ke Terengganu. Rasanya, tak lama kot kat Terengganu. Sampai pon dah dekat tengahari. Parking bas kat sebelah pasar payang. Sekarang ni dah jadi Dataran Syahbandar. Lepas, pusing-pusing bandar Kuala Terengganu, terus balik Kedah.

11 December 2011

Oh! Kad Kredit

Secara teorinya, penggunaan kad kredit memang dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita melalui pemberian rebat ke atas setiap transaction yang dilakukan. Dan ini memang terbukti berdasarkan pengalaman sendiri, walau pon tak banyak mana. Jumlah penjimatan bergantung kepada perbelanjaan. Banyak belanja, banyak la jimat.

Namun apabila perbelanjaan berlandaskan nafsu, memang cari nahas. Siapa yang tak teruja nak berbelanja bila wang digantikan dengan sekeping kad. Memang bergaya. Tambah-tambah masa nak bayar tu, ramai pulak mata yang memandang. Lagi la rasa gah. Rasa macam berduit sangat. Kalau memang betul berduit, tak kisah la kan.

Kalau guna duit ni senang. Bila dah kering, kuasa membeli pon hilang. Kalau mengidam jugak nak beli, kena la tahan. Tunggu ada duit. Tapi dengan kad kredit, kuasa membeli sentiasa ada. Takde duit pon bleh membeli. 
Semuanya atas kehendak diri sendiri.

Apa yang penting, perbelanjaan mesti berhemah. Sama je guna kad kredit atau wang. Cuma bezanya, kad kredit lebih memudahkan. Tak perlu nak bawak duit banyak-banyak dalam wallet.

30 November 2011

Sebuah Kisah Klasik : 3


Kehidupan di asrama dah memang sebati dengan aku. Aku mula dok asrama masa darjah 6. Maklum lah, sekolah rendah aku dulu ada asrama. Memang best, banyak perkara kita belajar. Yang paling best, pengalaman yang kita dapat. 

Masuk sekolah menengah pon, aku masih tinggal di asrama. Baru la rasa kehidupan sebenar. Ada junior, ada senior. Tinggal ramai-ramai dalam dorm. Barang-barang sendiri memang kena jaga betul-betul, takut hilang. Selalunya selipar la yang jadi mangsa. Memang perkara biasa kalau tengok orang pakai selipar kawen. Sebelah lain, sebelah lagi lain.

Masa tingkatan 4, budak-budak dorm aku telah di serang penyakit kulit. Semua menjadi mangsa. Kalau malam-malam tu bleh dengar la bunyi irama garu-garu. Masa tu ubat yang famous ubat cap kaki tiga. Semua ada la ubat ni.

Masa tu memang teruk la. Bleh dikatakan semua dijangkiti penyakit kurap dan seangkatan dengannya. Sampai warden bagi cuti seminggu, kosongkan dorm dan balik rumah. Balik rumah pulak, kena rebus semua pakaian. Memang dasyat la. Sampai sekarang pon parut ada lagi. Bila tengok parut tu balik, teringat zaman garu menggaru dulu.

Dorm Kirana (2001)

23 October 2011

Si Gadis YouTube

Lepas Ana Raffali berjaya mencipta nama melalui YouTube, ramai pulak yang mencuba nasib melalui platform yang sama. Kalau bernasib baik, memang ada rezeki la. Tapi bukan bersandarkan nasib semata-mata, bakat tetap yang paling utama.

Bakat terbaru yang tercungkil dari Youtube adalah Najwa Latif. Muda lagi, baru 16 tahun. Orang cakap dia ni berbakat besar. Single dia yang pertama, Cinta Muka Buku pon dah mula dimainkan di radio-radio arus perdana. Kalau semua on track, mungkin masa depan dia cerah.


Kalau kita usha-usha kat Youtube tu, banyak sebenarnya video anak-anak muda yang buat cover lagu-lagu popular. Macam-macam ada. Yang ok ada, yang tak ok pon ada. Tak tau la hanya untuk suka-suka atau memang nak mencuba nasib. Semoga berjaya.


5 August 2011

Tebu

Kalau hari-hari biasa, orang tak pandang kalau ada hamba Allah yang menjual air tebu di tepi jalan. Kalau ada jual kat restoran  pon, tak ramai yang order

Tapi bila bulan puasa, air tebu la yang menjadi perhatian. Kalau kat bazar Ramadhan, berpusu-pusu orang beratur nak beli. Bukan setakat orang Melayu je, orang Cina pon beratur nak beli sekali. Pelik kan? Apa yang istimewa sangat air tebu di bulan puasa?

p/s : ni apa yang berlaku kat Bandaraya Miri la..