11 December 2011

Oh! Kad Kredit

Secara teorinya, penggunaan kad kredit memang dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita melalui pemberian rebat ke atas setiap transaction yang dilakukan. Dan ini memang terbukti berdasarkan pengalaman sendiri, walau pon tak banyak mana. Jumlah penjimatan bergantung kepada perbelanjaan. Banyak belanja, banyak la jimat.

Namun apabila perbelanjaan berlandaskan nafsu, memang cari nahas. Siapa yang tak teruja nak berbelanja bila wang digantikan dengan sekeping kad. Memang bergaya. Tambah-tambah masa nak bayar tu, ramai pulak mata yang memandang. Lagi la rasa gah. Rasa macam berduit sangat. Kalau memang betul berduit, tak kisah la kan.

Kalau guna duit ni senang. Bila dah kering, kuasa membeli pon hilang. Kalau mengidam jugak nak beli, kena la tahan. Tunggu ada duit. Tapi dengan kad kredit, kuasa membeli sentiasa ada. Takde duit pon bleh membeli. 
Semuanya atas kehendak diri sendiri.

Apa yang penting, perbelanjaan mesti berhemah. Sama je guna kad kredit atau wang. Cuma bezanya, kad kredit lebih memudahkan. Tak perlu nak bawak duit banyak-banyak dalam wallet.

30 November 2011

Sebuah Kisah Klasik : 3


Kehidupan di asrama dah memang sebati dengan aku. Aku mula dok asrama masa darjah 6. Maklum lah, sekolah rendah aku dulu ada asrama. Memang best, banyak perkara kita belajar. Yang paling best, pengalaman yang kita dapat. 

Masuk sekolah menengah pon, aku masih tinggal di asrama. Baru la rasa kehidupan sebenar. Ada junior, ada senior. Tinggal ramai-ramai dalam dorm. Barang-barang sendiri memang kena jaga betul-betul, takut hilang. Selalunya selipar la yang jadi mangsa. Memang perkara biasa kalau tengok orang pakai selipar kawen. Sebelah lain, sebelah lagi lain.

Masa tingkatan 4, budak-budak dorm aku telah di serang penyakit kulit. Semua menjadi mangsa. Kalau malam-malam tu bleh dengar la bunyi irama garu-garu. Masa tu ubat yang famous ubat cap kaki tiga. Semua ada la ubat ni.

Masa tu memang teruk la. Bleh dikatakan semua dijangkiti penyakit kurap dan seangkatan dengannya. Sampai warden bagi cuti seminggu, kosongkan dorm dan balik rumah. Balik rumah pulak, kena rebus semua pakaian. Memang dasyat la. Sampai sekarang pon parut ada lagi. Bila tengok parut tu balik, teringat zaman garu menggaru dulu.

Dorm Kirana (2001)

23 October 2011

Si Gadis YouTube

Lepas Ana Raffali berjaya mencipta nama melalui YouTube, ramai pulak yang mencuba nasib melalui platform yang sama. Kalau bernasib baik, memang ada rezeki la. Tapi bukan bersandarkan nasib semata-mata, bakat tetap yang paling utama.

Bakat terbaru yang tercungkil dari Youtube adalah Najwa Latif. Muda lagi, baru 16 tahun. Orang cakap dia ni berbakat besar. Single dia yang pertama, Cinta Muka Buku pon dah mula dimainkan di radio-radio arus perdana. Kalau semua on track, mungkin masa depan dia cerah.


Kalau kita usha-usha kat Youtube tu, banyak sebenarnya video anak-anak muda yang buat cover lagu-lagu popular. Macam-macam ada. Yang ok ada, yang tak ok pon ada. Tak tau la hanya untuk suka-suka atau memang nak mencuba nasib. Semoga berjaya.


5 August 2011

Tebu

Kalau hari-hari biasa, orang tak pandang kalau ada hamba Allah yang menjual air tebu di tepi jalan. Kalau ada jual kat restoran  pon, tak ramai yang order

Tapi bila bulan puasa, air tebu la yang menjadi perhatian. Kalau kat bazar Ramadhan, berpusu-pusu orang beratur nak beli. Bukan setakat orang Melayu je, orang Cina pon beratur nak beli sekali. Pelik kan? Apa yang istimewa sangat air tebu di bulan puasa?

p/s : ni apa yang berlaku kat Bandaraya Miri la..

18 July 2011

Pertengahan

Agak lama aku menyepi dari arena bloging ni. Kerana kesibukan dunia yang menghambat, dunia alam maya terpaksa diketepikan seketika. Blog pon dah bersawang. Lepas balik dari Putrajaya, memang malas sangat nak ke Labuan pulak. Tapi, nasib baik dapat excuse. Dapat la rilek sikit. Dah la banyak lagi urusan yang belum selesai ni.


Tanpa aku sedar, sekarang ni dah masuk pertengahan bulan Sya'ban. Maknanya, ada lagi 15 hari lagi sebelum Ramadhan menjenguk. Tak sempat pon nak puasa sunat di bulan Sya'ban even sehari walaupon dah pasang niat. Harap-harap dapat la aku puasa sebelum Sya'ban sampai ke penghujung.

p/s : Selamat menyambut Ramadhan.

8 July 2011

Bersih

Weekend datang lagi. Untuk weekend kedua dalam bulan Julai ni, aku akan habiskan sepuas-puasnya di kampung halaman walaupon 2 hari. Bleh la makan buah-buahan tempatan yang sedang menunggu aku tuh.

Sempena aku ada kat umah ni, aku plan nak kemas-kemas kan sikit bilik aku tuh. Buat preparation sikit sebelum majlis besar hujung tahun ni. Nak kena bersihkan mana-mana yang dah kotor. Kebersihankan sangat di tuntut dalam Islam.

Lagi pon, rumah kena bersih selalu. Baru lah wujud masyarakat yang bersih. Institusi kekeluargaan kan tunjang kepada pembentukan masyarakat. Dalam kata lain, dari keluarga la wujudnya masyarakat. Itu pendapat aku la.

Jadi, sebelum nak bersihkan masyarakat, kena bersihkan rumah dulu. Maksudnya, setiap ahli masyarakat kena la bersih. Tak gitu? Tak perlu la sibuk-sibuk nak bersih kan orang lain kalau diri sendiri pon belum cukup bersih. Kena ingat, kalau nak tonjolkan kebersihan, tonjol la dengan cara yang bersih. Jangan guna cara yang kotor.

p/s : lebih baik aku balik bersihkan kampung halaman Sabtu nih.


6 July 2011

Babak Pertama

Jom layan lagu tema cerita Juvana yang tengah agak hot kat TV3 tuh. Lagu Babak Pertama nyanyian Drama Band.

.

Drama ni dah nak sampai ke penghujung. Tinggal 2 episod je lagi. Botak pon dah berubah, dah insaf. Kedah pon dah keluar dari sekolah juvana ni. Daim macam mana? Warden dia pulak macam pelik je, macam ada udang di sebalik mee. Hmmmm..

p/s : lepas ni tak bleh tengok Cikgu Zakiah lagi la..

3 July 2011

Cermin Diri

Aku ni bukan perfect pon, perfectly imperfect ada la. Tapi, at least aku tau yang mana baik, yang mana buruk.

Tak perlu la nak membetulkan orang lain kalau diri sendiri pon belum tentu betul. Diri sendiri akan selalu betul kalau diri sendiri yang menghakimi diri sendiri. Tak kan ada cacat celanya. Diri sendiri bukan lah penilai terbaik untuk diri sendiri

Biarlah orang lain yang menjadi pengadil dan menilai diri kita kerana itu yang terbaik. Jangan pulak cepat melatah bila penghakiman orang lain terhadap kita tidak seperti yang kita ingini. Jadikan itu sebagai panduan untuk menjadi lebih baik.

Apa yang penting, rendah diri dan cermin lah diri sendiri.

2 July 2011

Super Duper

Alhamdulillah. Bersempena dengan kedatangan Julai ni, bermakna cukup la setahun aku di bumi Borneo nih. Baru setahun, tapi rasa macam dah bertahun-tahun. Banyak lagi tahun-tahun yang akan aku habiskan kat negeri orang ni.

Bulan Jun yang lepas memang aku sibuk sangat, tambah-tambah penghujung bulan. Banyak sangat benda nak kena dan perlu buat. Sampai masa untuk berblog pon terhad. Running hours untuk update dan blog walking pon semakin menurun. Tu yang blog aku ni agak bersawang tuh.

Julai yang mendatang ni pon mungkin akan mengalami senario yang sama dengan Jun. Pertengahan bulan ni ada kursus di Putrajaya. Lepas tu kena buat preparation untuk ke Labuan. Kalau g jalan-jalan makan angin ok la jugak kan. Ni berkaitan urusan masa depan. Memang akan memenatkan fizikal dan mental. 

Harap-harap semua akan berjalan dengan lancar sebelum Ogos dan Ramadhan menjelma. Bleh la menjalani ibadah puasa dengan hati yang senang.

24 June 2011

Siapa Juara Maharaja Lawak?

Malam ini adalah penentu kepada Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik setelah 12 minggu beraksi. Siapakah antara mereka yang membawa pulang hadiah lumayan? Jozan la kan, siapa lagi..haha. Tu pandangan aku.

Calon-calon untuk bergelar juara
Yang pasti masing2 ada peminat dan kelebihan tersendiri. Harap2, minggu terakhir ni akan menjanjikan kualiti persembahan yang bertaraf internasionale, bak kata mamat Khalid. 

Tapi kan, kadang2 kesian jugak aku tengok mamat2 ni. Bukan apa, 12 minggu memerah otak nak fikir idea2 terbaru adn bernas. Penat tuh. Kalau la  rancangan ni disambung lagi, tak tau nak jadi pe. Kering kontang la otak pelawak2 nih. Pape pon, syabas untuk mereka2 ini yang telah menceriakan malam2 Sabtu rakyat Malaysia.

Ashley Young Sah Milik Man United

Khabar angin yang menyatakan bahawa Ashley Young akan berhijrah dari Aston Villa ke Manchester United akhirnya terjawab apabila dia telah menandatangi kontrak selama 5 tahun bersama juara England itu. Berita ini telah disahkan melalui website Manchester United.

Selamat datang ke Manchester
Kehadiran pemain lincah ini pasti akan menambahkan bisa kepada barisan sayap United yang telah memiliki pemain seperti Antonio Valencia, NaniPark Ji Sung dan Ryan Giggs. Pemain ini berkata akan membantu United untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke-20 pada musim hadapan.

p/s : selamat maju jaya kepada Ashley Young

23 June 2011

Kursus Kahwin

Alhamdulillah.. Aku dah dapat sijil kahwin setelah 2 hari menjalani kursus dengan jayanya. Dengan rasminya, aku telah mengambil satu langkah untuk membina masjid. Bleh kahwin dah la, tapi rasa macam ilmu tak cukup lagi la.

Masa kursus hari tu, aku nampak 2 3 orang yang agak berusia join kursus kahwin jugak. Pelik. Tak kan baru nak kahwin kan? Lepas tu, kawan sekursus aku ada bagitau, kena ambik kursus kali kedua kalau nak berkahwin kali kedua. Betul ke? Aku tak tau la plak. 

Aku pon tak tau la, banyak ke sikit ilmu yang aku dapat. Biasa la, kat tempat orang. Bahasa memang lain, kadang2 tak faham sangat. Kalu sik paham, knapa sik tanya? Orang Sarawak cakap macam tu la. Dah dekat setahun aku kat sini, tapi masih tak faham2 lagi. Terbelit lidah jugak la nak belajar cakap Sarawak.

Harap2 jalan untuk menuju masjid ni akan dipermudahkan oleh-Nya di samping bersedia untuk memberi yang terbaik dan menerima segala kekurangan pasangan aku. Insyaallah..

p/s : tak sabar nak kahwin dah ni..hehe

19 June 2011

Dana ASNB Haram Ke?

Hari tu masa tengah breakfast kt kedai mamak, ada la seorang mamat ni tiba2 bukak cerita pasal ASB dan ASN. Dia bagitau, dana2 ni haram. Terkejut aku. Dah la aku ada letak sikit kat ASB, kalau takde ok la kan..haish. Baru je plan nak menabung kat ASN.


Balik je office, aku godek2 la kat Google. Memang betol la. Ada surat dari Jabatan Mufti Selangor yang menyatakan ASB dan ASB adalah tidak halal kerana tidak patuh syariah. Gelabah aku.


Lepas tu, aku jumpa satu blog NI yang menyatakan sebaliknya. Confuse aku. Yang mana satu betul ni. Adoyai. Tapi, lepas baca entri tu, aku yakin yang ASB dan ASN ni halal kerana telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

p/s : kredit kepada www.suzie284.com


18 June 2011

A Untuk Ayah

Markah penuh kepada beliau di atas tugas2 yang telah diamanahkan sebagai seorang bapa dan ketua keluarga. Terima kasih kerana menjadikan jalan kehidupan seorang anak lebih mudah dan bermakna. 

Haji Azmi bin Hassan
p/s : selamat hari bapa, Ayah...

24 May 2011

Sebuah Kisah Klasik : 2

Lepas je aku konvo dulu, aku melepak sambil cari makan di Batu Maung, Pulau Pinang. Aku follow coursemate aku yang memang dah menapak kat situ lepas habis belajar. Masa tu aku kerja kilang, sebagai seorang operator pengeluaran. Bagi aku, kerja apa pon takpe, janji aku dah tak makan tido makan tido kat rumah. Lagipon, ingat nak berdiri atas kaki sendiri. Konon nya la.

Aku duduk rumah sewa dengan member aku tuh dan kawan-kawannya. Dalam rumah tu ada seorang budak, nama dia Kaduk. Aku pon dah tak ingat apa nama sebenar dia. Pendiam je, tak cakap banyak. Mula2 tu aku ingat biasa. Yela kan, baru kenal. Malu2 lagi kot. Tapi, lama2 pon macam tu jugak. Kalau aku buat kira2 balik, berapa patah perkatan je rasa nya aku cakap dengan dia.

Dia ni pelik banyak. Sewa rumah bayar kongsi2 tapi duit Astro dia tak nak bayar. Katanya, dia bukan tengok pon. Kalau dalam sebulan tuh dia tak tengok langsung, consider la jugak kan. Ni bila ada bola, tambah2 Manchester United yang main, tak berkelip2 mata tengok. Tapi takpe la kan, mana tau duit Astro yang 10 hengget seorang tuh bleh buat dia jadi kaya. Aku tumpang bangga je la kan.

Dia ni pulak jenis tido awal, pastu bila nak tido, dia suka dengar lagu. Kalau lagu kat radio takpe la jugak. Ni lagu dari handset buatan Sony Ericsson dia tuh. Dah la rumah sempit, masing2 pulak menjadikan ruang tamu depan tv sebagai bilik tido, memang la sangat mengganggu. Nak tengok tv pon tak senang. Bila aku kuat kan volume tv, dia suruh slow sikit, ganggu dia nak tido. Dia tak terfikir pulak yang dia tu mengganggu aku nak tengok tv.

Tapi, si Kaduk ni bagus. Dah la kuat bekerja, alim pulak tuh. Sebab dia la suhu rumah kami rendah je memanjang. Antara budak2 rumah aku masa tuh, Kaduk ni la gaji paling banyak. Kuat bekerja la katakan.

Bila ahli rumah dah semakin berkurang, kami bertekad nak pindah rumah dan duduk sekali dengan 2 3 orang budak lain di rumah yang lebih selesa. Kami ajak Kaduk sekali, tapi dia tak nak. Last2, kami pindah dan Kaduk tak ikut. Terpulang lah, mungkin dia ada perangcangannya sendiri. Sejak dari tu, aku pon tak tau apa dah jadi dengan dia. Mungkin sudah bergelar daddy dan mempunyai baby sekarang.

p/s : semoga dia terus berjaya!

10 April 2011

Mari Melabur

Sekarang ni Koperasi Bank Rakyat telah membuka kembali sahamnya kepada umum setelah lama tidak berbuat demikian. Jumlah pelaburan adalah minimum RM500 dan maksimum sebanyak RM10,000. Koperasi Bank Rakyat memang konsisten dalam pulangan dividen tahunan antara 15-20 peratus. So, sesiapa yang berminat tu boleh la berkunjung ke cawangan Bank Rakyat terdekat. Rasanya dana yang diperuntukkan hanya RM1 bilion je kot.

Tapi sebelum buat pelaburan tu, sebaik-baiknya buat perancangan dulu. Kaji keadaan kewangan semasa. Pada pandangan aku, jangan la taksub sangat nak buat pelaburan, nak mengejar kesenangan yang amat di masa depan sampai kehidupan masa sekarang terjejas. Sebab pelaburan ni ambik masa lama, bertahun-tahun baru dapat hasil.  Jangan asyik sangat merancang masa depan, masa sekarang pon kena rancang jugak. Masa sekarang kita masih muda, masa depan kita sudah tua. Jadi, mana lebih berharga, muda atau tua?

Bercakap mengenai pelaburan ni, memang untung kalau ada yang buat loan semata-mata nak melabur. Daripada buat loan lepas tu habiskan dengan beli barang2 peribadi. Rugi woo. Spend la sikit dari jumlah pinjaman tu untuk pelaburan. At least dapat kurangkan interest pinjaman tu. Pada aku, pinjaman ni ada 2 jenis. Satu, pinjaman yang memberi keuntungan dan satu lagi, pinjaman yang menambahkan beban hidup. Haa, mana satu pilihan hati?

Mengikut fahaman aku la kan, setelah mendapat ilham ketika sedang melabur dalam toilet, pelaburan ni boleh dibahagikan kepada 3 jenis :-

1. Pelaburan lumayan masa sekarang untuk kesenangan yang amat di masa depan
Memang sangat menguntungkan untuk masa depan. Tapi jaga2, jangan sampai perut perlu diikat pada masa sekarang.

2. Pelaburan sederhana masa sekarang untuk kesenangan sederhana di masa depan
Bersederhana dalam semua aspek. Kehidupan masa depan yang terjamin walaupun tidak mewah dan kehidupan masa sekarang yang sederhana.

3. Tiada pelaburan masa sekarang, tapi tak bermakna tiada kesenangan di masa depan
Bergantung kepada situasi kewangan la. Kalau dah memang mak ayah jutawan, apa perlu kisah kan.

Aku pun ingat nak melabur jugak dalam Koperasi Bank Rakyat ni untuk masa depan yang senang namun modal tak seberapa, lagipun tak bleh lebih RM10k. Kalau tiada had, comfirm aku korek mana lubang yang ada..hahaha. Bagi aku cukup lah pelaburan yang dah aku buat sebelum ni. Tak nak sangat mengejar kesenangan di masa depan hingga kesenangan masa sekarang terabai.


p/s : ukur baju pada badan sendiri.

31 March 2011

Bini Ku

Di manakah tempat paling lembap di Malaysia? Seingat aku, masa belajar Geografi dulu, tempat yang paling lembap di Malaysia adalah Bukit Larut. Betul ke tak eh?? Aku pon ingat2 lupa dah. Dan setahu aku pulak Miri tak termasuk dalam senarai pon. Tapi semenjak dua menjak ni, bandar minyak ni selalu pulak di timpa hujan. Bagi individu2 seperti aku yang menjadikan motor sebagai kenderaan utama ni, memang la terkena tempias nya. Selalu sangat bermandikan air free nih. Tapi bagi aku, semua tu rahmat. Rahmat dari Sang Pencipta Yang Esa.

Mungkin atas rahmat-Nya jugak lah kot aku berkeinginan nak beli kenderaan yang berbumbung. Senang sikit la nak gerak pi mana2 time langit menangis kan..kan?kan?. Lepas buat kira2, aku pon angkat la sebijik kereta secondhand buatan Malaysia. Yela, bajet pon kurang kan. Nak fikir masa depan lagi, sekarang hidup sorang2, nanti nak hidup berdua. Tak bleh sara kereta lebih2, tapi sara isteri kena lebih.

pandangan belakang
pandangan depan
Bagi aku dah cukup ok la nih. Janji bila aku dah berumahtangga, isteri aku bleh dok kat sebelah. Bila dah ada anak, anak2 aku bleh dok kat belakang. Bila hujan pulak bleh jadi payung. Tapi biasa lah kan, kereta lama, banyak la sikit duit kena labur, baru la selesa sikit. Yang pastinya kereta ni akan diberi nafas baru, baru la sesuai dengan jiwa remaja..ahaaa

p/s : nantikan wajah terbaru bini ku..

21 March 2011

Sebuah Kisah Klasik : 1

Dulu, sekolah rendah aku adalah satu2 nya sekolah yang ada asrama di Daerah Padang Terap/Pendang. Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Panglima Awang. Masa tuh, semua budak darjah 6 diwajibkan tinggal di asrama. Termasuk lah aku walaupon rumah dekat je dengan sekolah.

Asrama sekolah aku ni 2 tingkat. Di perbuat daripada kayu, nama pon asrama desa kan. Budak lelaki dok kat tingkat bawah, budak perempuan kat tingkat atas. Kalau nak skodeng tu senang sangat la, selak je langsir, terus nampak dorg lalu lalang  dan  lepak2. Kalau nasib sangat baik, bleh skodeng dorg mandi manda..kuikuikui. Tapi ktorg kan budak lelaki, suara pon tak garau lagi time tuh. Objektif skodeng pon tak tau. Budak perempuan pulak baru 12 tahun, apa yang ada??kan?kan?hakhak.

Kalau di ingat2 balik, memang banyak sangat kenangan. Ada yang suka makan biskut tengah2 malam, senyap2 dan sorang2. Adoyai, kedekut betoi! Biskut Mary je pon. Ada yang bangun pagi, pastu kentut tak lepas berirama. Bontot berisi la katakan, angin nak keluar pon tersekat-sekat. Ada jugak yang terkencing malam. Tu la, sapa suruh makan tembikai banyak sangat. Bila warden tanya, dia jawab "tu kencing kucing, bukan saya yang kencing, kucing yang kencing cikgu". Pandai dia kencing cikgu tuh, kencing bercabang pulak tuh. Tapi yang paling menggemparkan bila ada yang terbela ular dalam loker. Bila di soalsiasat, rupa2 nya memang cita2 dia nak jadi penjinak ular bila dah besar. Patut la kan..Haish, macam2 ada.

pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Panglima Awang

Tanpa disedari 14 tahun dah berlalu, banyak sangat perubahan. Sekolah pon dah ada bangunan baru, asrama pon baru. Asrama lama dah jadi sejarah, hanya tinggal dalam ingatan, tu pon kalau masih bersarang dalam memori. Aku pon tak ingat bila last aku menjejak kaki ke Sekolah Kebangsaan Panglima Awang nih. Hmm, lama dah rasanya. Watak2 di atas pon semua dah berjaya. Berjaya dengan cara dan pada jalan masing2. Alhamdulillah.